TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Perkembangan dunia ICT memberikan impak kepada dunia pendidikan. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menyatakan bahawa hak kesemerataan dalam akses pendidikan sama ada merapatkan jurang antara dalam dan luar bandar. Begitu juga dengan penyerapan ICT terhadap murid.

Pada tahun 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan subjek Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) dalam menjayakan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk menjadikan murid celik ICT.

Bagi murid bekeperluan khas juga tidak ketinggalan dalam dunia ICT. Kepentingan pembelajaran bagi subjek TMK adalah:-

  • Meningkatkan motivasi murid.
  • Membolehkan pembelajaran bersendirian (individualisme learning).
  •  Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
  • Membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan.
  • Membolehkan murid mencuba atau melaksanakn eksperimen yang sukar ,terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa.
  • Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.
  • Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.